BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 11 November 2010

Kurniaan sifat malu

“Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki…”
Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana2 ruang dan peluang.

Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.
Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;
“Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifa malu.” (Hadith riwayat Bauhaqi).
Wanita walau apa pun yg dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian.
Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2 ada orang yg akan nampak, hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yg boleh membantu dlm tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dlm keadaan sebegitu.
Dalam sebuh hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yg bermaksud;
“Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu.” Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yg mulia dan budi pekerti yg terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yg perlu ada dlm diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yg dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian bererti kurangnya iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan idak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yg bakal Allah timpakan ke atas mereka.
Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yg tidak boleh dinafikan, buktinya boleh diliha dimana2 sahaja. Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan dihadapan maa kita sendiri berbagai ragam kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang…wanita yg sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak berfungsi sepenuhnya.Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yg selalu menimpa kaum wanita.
Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan…dan sebaik2 manusia yg melakukan kesalahan adalah mereka yg bertaubat.

Petikan : Muslimah, m/s 9 (bil.183)
Wanita dan cinta

Cinta adalah perasaaan yang dicampakkan oleh Allah s.w.t ke dalam hehati semua manusia. Semua manusia samada tua atau remaja, kaya atau miskin , mulia atau hina pasti mempunyai perasaan untuk dicintai dan mencintai. Daripada cinta akan membenihkan perkahwinan dan seterusnya akan berkembangsubur sehingga melahirkan satu masyarakat. Kekecewaan, kegembiraan, perpisahan, perkahwinan dan kematian sering dikaitkan dengan cinta. Sesungguhnya cinta adalah satu perasaan yang kadangkala hadir tanpa diundang. Tapi apa yang sering terjadi, cinta sering disempitkan konsep dan perspektifnya. Rabiatul Adawiyah tenggelam dalam mahabbahnya yang dalam kepada Allah. Hamzah Fansuri,seorang tokoh Islam dari Acheh, juga ditenggelamkan oleh tasawwuf falsafah yang berlandaskan kepada teori Wahdatul Wujud yang dibawa oleh Ibn 'Arabi.

. Ini juga cinta.Cinta Rasulullah kepada Siti Khadijah r.a tidak sama seperti cintanya kepada Aisyah r.a.Siti Khadijah adalah lambang pengorbanan dan kesetiaan yang luhur. Abu Sufian menyatakan Tidak aku jumpai seorang yang lebih mencintai seorang manusia selain Rasulullah. Fudhail bin Iyadh, yang asalnya merupakan seorang perompak, sanggup memanjat tembok yang tinggi demi kerana cintanya kepada kekasih beliau seorang jariah. Namun nun di tembok itu, beliau telah menemui HIDAYAH. Nur Aisyah Bukhari, seorang gadis bertudung dari Johor sanggup meninggalkan agamanya kerana cinta. Begitu juga Hartina Kamaruddin sanggup meminggirkan hubungan kekeluargaan dan agama. Juga kerana cinta, Mansor Adabi akhirnya mati akibat menanggung kesengsaraan setelah Natrah meninggalkan Singapura dan murtad. Dr Burhanuddin al Helmi sanggup mengorbankan cinta dan perkahwinannya, memberikan kata dua kepada isterinya samada ingin terus menetap di Singapura atau mengikutnya ke Tanah Melayu apabila belia diamanahkan sebagai Yang Di Pertua Agong PAS.Jangan kerana cinta kita gugur.Jangan kerana cinta prinsip akan menjadi larutcair.Cinta tidak semesti akan berakhir dengan perkahwinan dan perkahwinan juga tidak semestinya akan menoktahkan titik akhir kepada percintaan.Kesetiaan akan mengikat cinta.Kecurangan akan meranapkan cinta. Sebuah perkahwinan akan menjadi indah jika cinta terus dikekalkan.Kadang ketika cinta juga akan dikaitkan dengan perpisahan. Cinta kepada Allah, insan akan mengharapkan perpisahan.Mengapa ? Tidak lain hanyalah kerana ingin berjumpa cinta yang hakiki.Cinta yang kekal.Cinta yang agong. Cinta kepada makhluk , akan menggontaikan perasaan dan memumurkan impian serta harapan.Perpisahan dengan perjuangan juga hebat. Lebih meranapkan jiwa. Bagaimana kita sanggup berehat, berhenti apatahlagi berpisah terus dari perjuangan sedangkan jiwa ummah hangat membakar perasaan. Perpisahan akan menjadi mulia dan manis jika perjuangan disusuri dengan keikhlasan dan penuh kecintaan kepada dasar dan prinsip perjuangan. Perpisahan malah akan menjadi manis jika ia dibina dari kerikil – kerikil cinta nan halus lalu berhimpun menjadi gerak kerja yang menguntungkan perjuangan Islam. Cinta sesama manusia yanan dengan perjuangan juga hebat. Lebih meranapkan jiwa. Bagaimana kita sanggup berehat, berhenti apatahlagi berpisah terus dari perjuangan sedangkan jiwa ummah hangat membakar perasaan. Perpisahan akan menjadi mulia dan manis jika perjuangan disusuri dengan keikhlasan dan penuh kecintaan kepada dasar dan prinsip perjuangan. Perpisahan malah akan menjadi manis jika ia dibina dari kerikil – kerikil cinta nan halus lalu berhimpun menjadi gerak kerja yang menguntungkan perjuangan Islam. Cinta sesama manusia yanan dengan perjuangan juga hebat. Lebih meranapkan jiwa. Bagaimana kita sanggup berehat, berhenti apatahlagi berpisah terus dari perjuangan sedangkan jiwa ummah hangat membakar perasaan. Perpisahan aMereka berakhlak dengan akhlak Allah, beradab dengan adab Allah serta berada dalam pangkuan dan ribaan ajaranNya. Mereka hidup dalam memperingati dan bermunajat kepadaNya. Menurut Profesor Madya Sulaiman Yasin, bagi menghasilkan cinta, penekanan mestilah diberikan kepda Tajribiyah Sufiyyah yang memusatkan perhatian kepada Tasfiyatul Qalb atau Tazkiyatul Nafs.Bagaimana kita mahu meningkatkan cinta kepada Allah dari peringkat cinta taa'bud kepada cinta al mahabbah. Sebelum kita bermujahadah, hendaklah diketahui alamat – alamat cinta kepada Allah.Menurut Ustaz Abdullah az Zubair Abdul Rahman dalam kitabnya Durus fi Tazkiyatul Nafs, alamat cinta kepada Allah ialah1. Merindui pertemuan denganNya2. Banyak mengingatiNya3. Tunduk kepada perintahNya4. Penerimaan total kepada kalamNya5. Cinta kepada apa yang dicintai oleh AllahWahai muslimah mukminan solehah,Takhalikan ( kosongkan ) dirimu dari terjerumus ke lembah maksiat, sikap bermain - main dengan perjuangan.Tahallikan ( hiasi ) dirimu dengan sifat sebenar sebagai seorang wanita yang hidup dengan perjuangan, pengorbanan, jihad, kefahaman dan syahid.Sedarlah.....hanya jiwa yang suci boleh menerima cinta ilahi.hati yang diselaputi dosa akan menghalang sirna cinta kerana hati yang keras adalah bermula dari dosa yang banyak.Mungkin kalian bertanya, bagaimana untuk cinta kepada perjuangan dan islam.Sebagai petunjuk dhaif dari penulis, orang yang baru menyelusuri jalan da'wah yang panjang ini. Kalian mestilah1. Memahami hakikat dan tuntutan sebagai seorang muslimah harakiyyah2. Tunduk dan patuh kepada dasar serta prinsip perjuangan3. Merelakan diri ditarbiyyah4. Mendahulukan perjuangan dan mengenepikan kepentingan peribadi walaupun terpaksa mengorbankan perasaan,cinta, tenaga dan nyawa5. Menjauhkan diri dari terjebak ke dalam fitnah.Malah adalah satu DOSA jika kerana kita Islam dan perjuangan difitnah.Ramai manusia sanggup menghambakan diri sesama manusia, tunduk kepada perintah manusia tapi teramat payah untuk mencari seorang wanita –hamba ('abd) yang sanggup memperhambakan dirinya kepada islam dan perjuangan. Penulis bukan bermaksud agar para wanita terutamanya golongan terpelajar menyumbangkan diri sepenu masa tapi apa yang dimaksudkan adalah menyumbangkan secibir dari masa yang ada untuk memikirkan mengenai ummah dan permasalahan meraka supaya nilai keintelektualan serta kehadiran mereka dapat dirasai oleh masyarakat dan tidak menjadi unsur yang terasing dan terpinggir. Dokto Yusof al Qardhawi dalam bukunya Jil an Nasri al Mansyud berkata " Yang diharapkan dari seorang wanita ialah menjadi seorang ibu yang menggalakan anaknya untuk syahid, seorang isteri yang meransang suaminya untuk berjihad, dan melakukan perngorbanan, seorang mukminah yang mewaqafkan diri dan usahanya untuk jalan Allah dan seorang wanita alim yang menghafaz al Quran dan Hadis serta melaksanakan apa yang dipelajari untuk Amr Ma'ruf Nahyu Munkar.Wahai wanita ….Dr Mustaffa as Siba'I menyatakan dalam bukunya Hakaza 'Allamatni al Hayat " Jika kamu mahukan kegembiraan dalam kehidupan maka jagailah kesihatanmu. Jika kamu mahukan kebahagiaan di dunia maka jagailah akhlaqmu. Jika kamu mahu keberkekalan dalam kehidupan maka jagailah aqalmu. Dan sekiranya kamu dambakan semua ini maka jagailah AGAMAMU.Wahai hamba yang bernama wanita…….sudah ramai yang terbabas kerana cinta.Kerana cinta manusia sanggup merempuh segala batasan – batasan agama. Budaya keseronokan, kemewahan,kegembiraan yang melampau dan cinta kepada budaya hedonistic barat telah mengalpakan umat islam. Sedarkah kamu wahai para wanita…rentak yang kamu langkahi sekarang ini adalah sebenarnya penuh dengan pengait – pengait. Benarlah sabdaan Rasulullah " Sesungguhnya dunia akan diberikan kepada orang yang Dia cintai atau tidak.Tapi agama ( Ad Deen ) hanya akan diberikan kepada orang Dia Cintai".Lihat, betapa ramai beragama tapi agama itu tersudut dari kehidupan mereka. Berapa ramai yang bergelar Huffazul Quran tapi Al Quran itu tidak menembusi ke dalam dada – dada meraka, hanya sekadar terlekat dihalkum mereka. Sebenarnya apa yang dipelajari hanyalah untuk melepasi peperiksaan universiti bukan untuk melepasi kemurkaan Allah. Yang menjadi matlamat adalah ijazah bukan mardhatillah. Inilah sebenarnya gambaran intelektual akhir zaman yang dilanda oleh penyakit Hubbu Dunia wa Karahiyatul Maut – Cintakan Dunia – Takutkan Kematian.Sesungguhnya cinta kepada dunia telah menyebabkan aqal menjadi raja dan sumber samawi menjadi hamba.Wahai wanita yang juga diturunkan al Quran kepadamu………….kalian pasti tidak sanggup meninggalkan apa yang kalian suka walaupun kalian tahu daerah yang kalian diami itu penuh dengan lelumpur, pekathanyir, busuk dan memualkan. Walhal, kalian juga tahu nun di sana ada padang yang penuh kehijauan, dengan udara yang penuh kesegaran dan sungai yang mengalir penuh kedamaian. Tapi………..Rasulullah s.a.w bersabda Akan datang satu zaman, dimana umatku akan1. Cinta kepada kehidupan lupa kepada kematian2. Cinta kepada mahligai lupa kepada kubur3. Cinta kepada harta lupa kepada hisab4. Cinta kepada dunia lupa kepada akhirat5. Cinta kepada makhluq lupa kepada KhaliqAs Syahid Sayyid Qutb, seorang penulis yang menyemarakkan semangat jihad dan perjuangan selepas kematian As Syahid Hassan al Banna pada 1948, sanggup membatalkan pertunangan yang sudah terjalin dengan seorang gadis Kaherah apabila mengetahui bahawa si gadis pernah mencintai seorang lelaki sebelumnya. As Syahid mahukan cinta yang suci dan kudus. Cinta dari seorang wanita yang 'azaraul jasad wal qalb ( dara jasad dan hati ).Cintanya tidak kesampaian.Namun beliau telah memperolehi cinta yang hakiki.Sanggup gugur syahid demi membuktikan cinta beliau kepada jihad perjuangan. Malah kesyahidan beliau adalah merealisasikan tuntutan cinta yang sebenarnya. Allahu akbar !!!!Anas r.a berkata sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda Tiga golongan manusia yang akan mendapat halawatul Iman ( Kemanisan Iman )1. Golongan yang mencintai Allah dan RasulNya lebih dari segalanya2. Golongan yang tidak mencintai seseorang melainkan hanya kerana Allah3. Golongan yang membenci untuk kembali kepada ke kufuran sebagaimana beliau benci untuk dilemparkan ke dalam neraka. BukhariBerkorban apa saja………harta ataupun nyawa…………itulah kasih mesra……..sejati dan mulia…..Begitulah mendayunya lirik, itulah rintihan yang sering bertamu dalam hati dua insan yang sedang bercinta.Kala bercinta, hati hanya dibukakan kepada orang yang dicintai sahaja.Bila gelombang cinta berombak dengan besar, biar apa yang orang kata dan biar apa yang dilakukan bercanggah dengan syariah ilahiyyah serta adat, cinta tetap didahulukan. Begitu kekuasan cinta…..Bukit sanggup didaki, lautan sanggup direnangi agar memperolehi apa yang dihajati. Percayakah kalian, walaupun sudah berkahwin, cinta masih boleh merungkaikan dan meleraikan ikatan perkahwinan yang telah dibina.Budaya kecurangan selepas perkahwinan yang berleluasa di kalangan masyarakat barat sekrang telah menular dengan deras dalam masyarakat Islam. Walaupun setelah berkahwin, setelah aqad dilafazkan,kadangkala manusia tidak mampu menghapus kenangan lama, kenangan bersama insan yang gagal dinikahi. Kenangan cinta itu akan tetap diabadikan dan disematkan didalam hati sebagai sebuah nostalgia yang tidak mudah terhakis dan terhapus. Bila jiwa bergelora, kala kesunyian, kenangan silam akan bertandang menjengok. " Kau boleh menjamah sekujur tubuhku ini tapi hati dan cintaku telah ku berikan pada si dia ". Inilah kekuatan cinta.Kerana kita adalah hamba yang punya sejuta kelemahan dan kenaifan maka kita tidak boleh membohongi realiti. Tapi realiti harus tahu bahawa ia harus tunduk kepada kuasa Tuhan. Penulis pernah berjumpa dengan seorang perempuan yang sanggup mengorbankan cinta dan perkahwinanannya kerana suaminya tidak boleh menerima perjuangan yang beliau dokongi walaupun sudah sekian lama hidup bersama.Satu persoalan yang penulis ingin lontarkan di artikel ini, bagaimanakah kita memperolehi cinta ini ? Adakah sekadar menagih cinta murahan dari instrumen yang majaz ? Cinta dari halaman chatting mneyentap ramai intelektual wanita. Wajar atau tidak dari segi hukum hakam agama, penulis tidak akan bahaskan dalam artikel ini.Insya Allah, perkara ini penulis akan cuba kupas dalam siri – siri yang akan datang. Penulis ingin mengimbau kembali ingatan pembaca kepada artikel penulis ' SATU RENUNGAN UNTUK MUSLIMAT PAS IPT'. Penulis ingin jelaskan , artikel yang ditulis adalah berdasarkan kepada pengalaman tiga bulan penulis.Setekah penulis mendapat tahu mengenai ' muslimah harakiyyah chatters' yang berpusu - pusu membanjiri dan melayari chatting maka penulis make a hard and quick decision to deeply explore this particular illness.Hasilnya sungguhnya memberansangkan dan mengecewakan.Tapi segelintir manusia tidak sanggup menerima kenyataan.Bagi mereka artikel itu adalah seumpama dentuman guruh yang menyakitkan telinga.Penulis tidak nafikan chatting sebagai salah satu mekanisme da'wah. Tapi da'wah ada rukun - rukun yang mesti diikuti. Akhlak dai'yah mestilah dijagai.Doktor Yusof al Qardhawi pernah menyatakan ketika beliau ditanya oleh seorang perempuan ' apakah hukum seorang perempuan yang sudah bersuami tapi masih menyintai lelaki yang lain '. Lantas jawab beliau, cinta ada dua.Cinta halal dan cinta haram.Cinta halal adalah cinta kepada suami dan cinta haram adalah cinta kepada yang lain.Proses cinta ini secara semulajadinya bermula dari lima peringkat1. Tengok ( Watching )2. Senyum ( Smiling )3. Salam – Hai, assalamualaikum ( Greeting )4. Bercakap ( Talking )5. Membuat temu janji ( Making a Date )6. Berjumpa ( Meeting )Wahai wanita yang serapuh kaca hatinya………. Sebenarnya secara fitrah samada kafir atau beriman, walau apa pun jenis ideologi yang dianuit, , manusia tetap mempunyai perasaan cinta.Cinta kepada Rabb. Se Zalim Firaun pun masih tetap mengakui kewujudan Tuhan.Se komunis Lenin pun masih tetap mempercayai adanya Tuhan.Sedarilah wahai muslimah yang akan berjuang………..lakukan instropection ( muhasabah ) tehadap sikap kalian sebagai wanita gerakan islam. Ingatlah..kalian tidak boleh lari dari Ar Raqabah al Ilahiyyah ( God's Surveillance ).Sebelum penulis mengakhiri artikel yang dhaif ini, hayatilah sajak yang penulis nukilkan kepada wanita bercinta yang berada di dalam perjuanganMuslimah mujahidah rabbaniyyahCinta kepada bunga bunga akan layuCinta kepada kumbang kumbang akan melarikan diriCinta kepada insan insan akan menghancurkan hati anda,Maka,Cintailah Allah,KepadaNya cinta yang hakiki,Sebelum kau mencintai makhluq cintailah Khaliqmu,Wahai muslimah mujahidah,Kala sepi keseorangan,Perasaan mesti bergelora,Kerinduan hangat membara,Mengapakah; Aku ingin bertanyaTIDAK kau gunakan rindu dan sepi ini,Untuk,Tafakkur,Muhasabah,Insaf,Bahawa kau adalah muslimah yang solehah ....

0 ulasan: